Cabutan Bonanza 2019

Posted by MarketingKU 26/09/2019 0 Comment(s)

KUALA TERENGGANU, 22 September, 2019 - Kasut You Sdn Bhd(Kasut U) telah mengadakan acara tahunan Cabutan Bonanza bertempat di Mydin Gong Badak pada 22 September 2019. Di samping itu, program ini diselingkan dengan pertunjukan fesyen kasut Pertandingan Mewarna kasut bertemakan Patriotik, penyampaian hadiah dan juga perkongsian Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) Kasut U.

Kasut U komited dalam melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam usaha membantu golongan yang memerlukan. Usaha ini dapat meningkatkan hubungan syarikat dengan masyarakat. 

Pengurus Pemasaran, Adyba Jee berkata, Kasut U telah memperuntukkan dana sebanyak 30 ribu ringgit setiap tahun untuk sumbangan kaki palsu kepada golongan yang memerlukan. Dana CSR ini adalah hasil kutipan jualan kotak kasut, tabung derma di cawangan dan juga sumbangan dari syarikat.

Setakat September, 2019 ini Kasut U telah menyumbangkan sebanyak RM 17, 070 bantuan kepada CSR Kaki Palsu kepada Chin Con Lin, Raja Nurain Raja Jamaluddin dan Sapiah Mat Som. Kasut U juga sedang mengenal pasti beberapa orang lagi yang bakal menerima bantuan CSR Kaki Palsu yang berjumlah RM 12, 930 sehingga akhir tahun ini.

Yang terbaru, Kasut U bakal mengadakan jualan kasut untuk kasut yang telah dipertandingkan dalam Pertandingan Mewarna Kasut. 80 peratus daripada hasil jualan tersebut akan disalurkan ke dalam tabung CSR Kasut U manakala 20 peratus lagi bakal diserahkan kepada peserta yang mewarna kasut. Setakat 22 September 2019, jualan kasut terkumpul adalah sebanyak RM4700.

Sumbangan ini merupakan usaha berterusan untuk pembangunan keupayaan kepada masyarakat. Program ini juga bertujuan bagi mewujudkan kehidupan lestari untuk komuniti setempat dengan pelbagai usaha untuk meningkatkan pembangunan.

Kasut U mengucapkan terima kasih kepada sokongan padu daripada semua pihak dan juga kepada semua yang menyumbang serta terlibat dalam menjayakan program CSR Kaki Palsu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kasutyou.my. Dapatkan diskaun 15% untuk setiap pembelian pertama di lawan sesawang Kasut You.

 

Leave a Comment