Penyerahan Baju Korporat KRT Gong Baru

Posted by MarketingKU 22/07/2019 0 Comment(s)

KUALA TERENGGANU: Satu majlis Penyerahan Baju Korporat KRT Gong Baru oleh Kasut U, telah diadakan pada 20 Julai, 2019 bertempat di Rumah Komuniti Gong Baru . Majlis ini telah dihadiri oleh AJK KRT Gong Baru,wakil Jabatan Perpaduan serta wakil Kasut U. Majlis ini turut dihadiri oleh En.Raymond Gan, Pengarah Urusan Kasut U. Kasut U merupakan satu-satunya badan swasta yang mula menjalinkan hubungan Rakan Strategik bersama KRT Gong Baru Tok Nasek.Kerjasama ini terjalin sejak 2007 menerusi Pengerusi KRT Gong Baru, En Ismail Mohd Hanafiah (Pokchu). Kerjasama yang erat ini telah membuahkan banyak program serta memberi manfaat khususnya kepada Kasut U dan KRT Gong Baru.

Majlis diserikan dengan ucapan kata aluan daripada Pengerusi KRT serta ucapan daripada Pengarah Urusan Kasut U, En Raymond Gan yang telah meluangkan sedikit masa untuk menyerah serta menyarungkan baju korporat kepada jawatankuasa tertinggi KRT Gong Baru. En Raymond Gan juga turut menyerahkan Turut diserikan adalah penyerahan risalah hebahan Jualan Gudang Kasut U yang akan diadakan pada 1 Ogos-3 Ogos 2019 bertempat di Gudang Kasut U,Gong Badak.Acara ini diakhiri dengan jamuan makan yang telah disediakan oleh AJK KRT Gong Baru. 

 
 

Leave a Comment