Your shopping cart is empty!
Selalu pakai kasut baru mesti melcet kaki,pedih di jari kaki,belakang tumit dan di tepi ibu jari kaki.. Aduh terasa pedih di ibu jari kaki.. Pedih sangat kan? Sampai ada yang cabut kasut terus.. Trauma sampai ada yang tak nak pakai dah kan??
Kita pun pergilah tanya orang A orang B lah,macam macam petua yang kita dapat sampaikan ada yang suruh kita gigit kasut tu dahulu sebelum kasut gigit kita.
1.Tabur bedak dalam kasut
Macam jarang dengar petua ini kan?? Tapi selepas cuba mesti puas hati, Ia kerana gesekan akan berkurang bila dah tabur bedak, permukaan yang lembut dapat kurangkan potensi melecet.Kalau yang pakai stoking tu lagibagus,kaki tak melecet,bau pun wangi je
.
2.Sapu deodorant di kaki.
Aneh kan?Apa kena mengena kaki dengan deodorant pula?Bukan sebab nak bau wangi,deodorant ni kita sapu sedikit di tempat selalu atau akan melecet tu,dapat mencegah kaki dari melecet. Pakai yang roll on tau , kalau spray tu nanti kering macam tiada guna.
3.Stokin tebal.
4.In sole Silikon
Pernah tak melecet di tapak kaki?? Selalunya terjadi sekiranya pakai kasut tanpa stok. Beli di kedai kasut berhampiran anda dan cuba letak insole itu didalam kasut atau boleh dating ke cawangan Kasut U yang berhampiran.
5.Bungkusan air.
Isi air dalam plastic kemudian ikat, Masukkan kedalam bahagian hadapan dalam kasut dan simpan kasut tersebut di dalam peti beku selama satu malam. Bila air itu menjadi ais , automatic ais itu akan mengembangkan bahagian kasut yang ketat. Keesokan harinya pasti kasut itu akan menjadi lebih selesa dari sebelumnya.
6.Salotep.
Peliknya tips, salotep jari kaki nombor 3 dan 4 , cuba pakai kasut tinggi selepas itu, mesti dapat rassa perbezaannya. Tips ini berhasil tau.
7.Wedges pengganti kasut stiletto.
Kerap memakai stiletto menyebabkan kaki dan tulang belakang sakit?? Tak stabil pula,apa kata tukar kepada wedges pula. Wedges lebih mudah untuk bergerak, lebih stabil dan lebih selesa.
Di Kasut U ada menjual Insole tau, boleh la beli di outlet kami yang berdekatan. Selain itu, kami menjual pelbagai jenis kasut,wedges,platform yang berjenama BNC mahupun sandal yang pasti selesa di kaki anda.
Leave a Comment