RM10,000 untuk Kampung Angkat

Posted by MarketingKU 24/08/2019 0 Comment(s)

KUALA TERENGGANU, 23 OGOS, 2019 - Umum mengetahui Kasut You Sdn Bhd (Kasut U) mengangkat Krt Gong Baru Gong Tok Nasek sebagai kampung angkat Kasut U sejak beberapa tahun lepas. Kasut U telah dijemput menghadiri majlis makan malam "SESALJU KASIH PERPADUAN MULAKAN JOM JUMPA RT PERINGKAT NEGERI TERENGGANU" yang turut dihadiri YB Datuk Wira Dr Md Farid b. Md Rafik - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial)bagi memulakan Program Jom Jumpa RT di KRT Gong Baru Gong Tok Nasek. Majlis makan malam ini berjalan lancar dengan kehadiran Encik Rajali b. Mudin - Pengarah PMK mewakili Ketua Pengarah Perpaduan,Tuan Burhanuddin Haji Daud - pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu, Encik Kamarudin b. Ali - Timbalan Pengarah jabatan Perpaduan dan Integrasi Negeri Terengganu , Puan Asma bin Chik- Pegawai Perpaduan Daerah  Kuala Terengganu & Kuala Nerus, Encik Gan Raymond -Pengarah Urusan Kasut  U Sdn Bhd dan wakil-wakil agensi serta semua AJK KRT, agensi kerajaan, NGO termasuklah Kasut U Sdn Bhd.




YB Datuk Wira merasmikan ruang baru Bilik Mesyuarat Kerukunan Rahmat Terunggul yang bakal memberikan keselesaan kpd Jawatankuasa KRT Gong Baru Gong Tok Nasek. 
Yb juga sempat memberikan sepatah dua kata agar semua kaum dan semua pihak berganding bahu memelihara perpaduan dan keharmonian yang telah dimiliki selama ini dengan saling hormat-menghormati serta mematuhi  undang-undang negara.

 

Kasut U Sdn Bhd juga memberikan sumbangan sebanyak RM 10,000 sebagai sumbangan CSR kepada komuniti di sini.

Wakil Kasut U bersama YB Datuk Wira Dr Md Farid b. Md Rafik . 


 

Leave a Comment