MENANG RM 12,120.00 BONANZA "BELI BANYAK, MENANG BANYAK"

Posted by MarketingKU 13/10/2019 0 Comment(s)

KUALA TERENGGANU, 12 OKTOBER, 2019 - "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu", peribahasa melayu ini sangat tepat dengan Pemenang Utama Cabutan Bonanza "Beli Banyak, menang Banyak" pada tahun 2019 ini. Fatin Farhana binti Johari berkata beliau tidak menjangka pembelian yang dibuat semasa bulan puasa yang lepas telah menjadi RM12,120.00 iaitu 100 kali ganda nilainya. Fatin juga mengucapkan rasa bersyukur atas rezeki yang diterima dan berharap tahun hadapan akan lebih ramai yang akan menyertai cabutan bonanza anjuran Kasut U.

     

 

"Bonanza Beli Banyak, Menang Banyak" yang telah dijalankan secara serentak di kesemua cawangan Kasut U juga menyediakan lebih 100 unit hadiah yang bernilai sehingga RM50,000. Pelanggan yang berbelanja minimum RM100 telah layak menyertai cabutan bonanza 'Beli Banyak,'Menang Banyak'. Bermula 22 September yang lepas, para pemenang yang telah dihubungi oleh pihak Kasut U mengikut cabutan resit yang telah dibuat pada 22 September yang lepas. Pemenang yang telah dihubungi juga boleh menuntut hadiah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak Kasut U.

Leave a Comment