PERTANDINGAN MEWARNA KASUT TEMA PATRIOTIK 2019

Posted by MarketingKU 29/09/2019 0 Comment(s)

KUALA TERENGGANU, 28 SEPTEMBER, 2019 - Menjadikan tema Patriotik sebagai tema pertandingan, Kasut U selaku penganjur telah dapat menarik minat lebih 1500 peserta dari seluruh negara. Penganjuran yang julung kali diadakan secara besar-besaran ini telah melibatkan penyertaan sebanyak 13 sekolah rendah dan menengah. Lebih menarik lagi,pertandingan ini juga mendapat penyertaan lebih 300 pelajar tabika perpaduan dari daerah Dungun.Pertandingan yang berlangsung dari 5 Ogos sehingga 5 September 2019 ini juga telah mendapat penyertaan dari KRT Gong Baru Gong Tok Nasek serta peserta dari laman sesawang dan sosial media Kasut U. 

Pertandingan ini bukan sahaja menonjolkan kreativiti hasil seni peserta, tetapi ia juga menjadi satu "platform" mencungkil bakat pelajar seterusnya melahirkan generasi yang berbakat. Selain dari itu, Kasut U menawarkan 3 kategori dan tempat utama pertandingan ini membawa pulang hadiah RM1000. Mencari satu kelainan serta menghargai seni serta bakat peserta, Kasut U akan menjual kasut serta hasil seni kreatif pemenang dan seterusnya memberikan 80% dari hasil jualan kasut tersebut kepada tabung CSR Kasut U dan 20% lagi kepada peserta. Kutipan hasil CSR ini akan diberikan kepada penerima Sumbangan Kaki Palsu Kasut U. Peserta bukan sahaja mendapat hadiah yang lumayan, tetapi mereka juga dapat memberikan sumbangan kepada yang lebih memerlukan.

Setakat 22 September 2019, 7 pasang kasut telah terjual dengan nilai jualan sebanyak RM5,400. Kasut  pemenang yang terpilih akan mula dijual di laman web Kasut U dalam masa terdekat. Pihak yang berminat untuk membeli kasut mewarna ini boleh menghubungi Kasut U untuk maklumat lanjut.  

           

 

 

Leave a Comment