APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG KASUT?

Posted by Nor Aisyah 14/10/2019 0 Comment(s)

Kasut merupakan benda yang paling penting didalam kehidupan kita. Justeru itu, industri kasut kini semakin berkembang pesat dan fungsi setiap kasut juga semakin berubah dari hari ke hari.Pada hari ini, kasut yang pada asalnya dicipta untuk melindungi kaki, telah menawarkan kepelbagaian  penggunaan seperti bersukan,kembara berjalan kaki,menari,kegunaan dalam rumah dan pelbagai lagi.

Reka bentuk kasut pula telah berkembang pesat, jika 50 tahun dahulu hanya untuk kegunaan harian(keperluan), kini, reka bentuk yang lebih mengikut fesyen,trend,ketersediaan bahan mentah dan lain-lain.menjadi satu kebiasaan bagi pengguna zaman kini menggunakan kasut mengikut gaya hidup serta aktiviti tertentu.Kasut yang elok kualitinya akan membuatkan pemakai merasa selesa dan merasa konfiden dalam menjalani urusan harian. Pastikan kasut yang dibeli adalah sesuai untuk aktiviti atau kegunaan tertentu.

 

PERBEZAAN KASUT LELAKI DAN PEREMPUAN

Kasut adalah item penting dalam penampilan setiap orang tidak kira wanita mahupun lelaki. Tanpa kasut tidak lengkap lah outfit seseorang itu. Terdapat pelbagai jenis kasut lelaki dan wanita. Setiap kasut berbeza bergantung kepada jenis kasut sendiri. Hakikatnya, lelaki dan wanita mempunyai bentuk dan saiz kaki yang berbeza serta beberapa ciri fizikal lain yang memerlukan jenis kasut yang berbeza. Tetapi terdapat juga sesetengah kasut yang boleh dipakai untuk lelaki dan wanita.Kasut merupakan benda yang paling penting didalam kehidupan kita. Justeru itu, industri kasut kini semakin berkembang pesat dan fungsi setiap kasut juga semakin berubah dari hari ke hari.Pada hari ini, kasut yang pada asalnya dicipta untuk melindungi kaki, telah menawarkan kepelbagaian  penggunaan seperti bersukan,kembara berjalan kaki,menari,kegunaan dalam rumah dan pelbagai lagi.

Reka bentuk kasut pula telah berkembang pesat, jika 50 tahun dahulu hanya untuk kegunaan harian(keperluan), kini, reka bentuk yang lebih mengikut fesyen,trend,ketersediaan bahan mentah dan lain-lain.menjadi satu kebiasaan bagi pengguna zaman kini menggunakan kasut mengikut gaya hidup serta aktiviti tertentu.Kasut yang elok kualitinya akan membuatkan pemakai merasa selesa dan merasa konfiden dalam menjalani urusan harian. Pastikan kasut yang dibeli adalah sesuai untuk aktiviti atau kegunaan tertentu.

 

PERBEZAAN KASUT LELAKI DAN PEREMPUAN

Kasut adalah item penting dalam penampilan setiap orang tidak kira wanita mahupun lelaki. Tanpa kasut tidak lengkap lah outfit seseorang itu. Terdapat pelbagai jenis kasut lelaki dan wanita. Setiap kasut berbeza bergantung kepada jenis kasut sendiri. Hakikatnya, lelaki dan wanita mempunyai bentuk dan saiz kaki yang berbeza serta beberapa ciri fizikal lain yang memerlukan jenis kasut yang berbeza. Tetapi terdapat juga sesetengah kasut yang boleh dipakai untuk lelaki dan wanita.

BENTUK

 

Perbezaan utama antara lelaki dan wanita ialah kelebaran sebenar kasut. Jika dibandingkan dengan kasut lelaki, kasut wanita dibuat lebih luas di bahagian hadapan kaki dan jari kaki hadapan, tetapi agak kecil di bahagian tumit. Kasut lelaki mempunyai saiz yang lebih besar daripada wanita.

 

GAYA

Kasut wanita biasanya mempunyai gaya berbeza berbanding dengan kasut lelaki. Kasut wanita kebanyakkanya lebih dipengaruhi oleh warna,bentuk dan juga cara pembuatan kasut. Seperti wanita juga, lelaki turut mempunyai gaya kasut yang boleh dipakai mengikut kesesuaian majlis dan tema.

Walaupun di pasaran terdapat pelbagai jenis dan gaya kasut, namun masih ramai yang kurang pengetahuan mengenai fesyen serta trend kasut masa kini. Maka, tidak aneh lah sekiranya kita melihat jejaka serta wanita diluar sana masih menggunakan sepasang kasut untuk semua kegunaan harian mereka. dari bekerja sehingga bersia-siar menggunakan kasut yang sama.

FABRIK

Keselesaan kasut yang dipakai juga adalah amat penting dalam pemilihan kasut agar kaki kita tidak melecet atau sakit. Jika di bandingkan dengan lelaki, wanita lebih cenderung  mempunyai berat badan yang lebih ringan serta bentuk kaki yang lebih kecil dari lelaki. Kasut wanita kebiasaannya lebih lembut dan lebih ringan.

Di Kasut U, kami mempunyai pelbagai jenis kasut serta variasi jenis dan warna. Kasut U turut menawarkan kasut yang pastinya sangat selesa,mempunyai pengudaraan yang baik serta berpatutan. Jom datang ke Cawangan kasut U Sekarang!

Leave a Comment