Kasut Hitam Atau Kasut Putih

Posted by Nor Aisyah 28/11/2019 0 Comment(s)

Kasut Sekolah ? 
Bercakap mengenai  kasut sekolah,  ramai mengetahui mengenai wujud perbandingan antara kasut sekolah putih atau hitam yang lebih bagus untuk pelajar sekolah. Ada antara ibubapa penjaga yang bersetuju dan tidak kurang juga ada segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Pendidikan  untuk melaksanakan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah. Bagaimana pun pelaksaanaan ini hanya mula berkuatkuasa sepenuhnya bermula tahun 2021. Jadi, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya pelajar memakai kasut sekolah berwarna putih atau hitam buat masa ini. 
Bagi kami, bukanlah warna kasut menjadi keutamaan, apa yang penting lagi adalah sepasang kasut yang tahan serta berkualiti. Kebanyakan kasut yang terlalu murah di pasaran sekarang mempunyai tempoh daya tahan yang rendah dan mudah koyak, dan hanya bertahan sebulan dua sahaja. Kasut yang dijual dengan harga lebih tinggi pula lebih tahan lama dan kuat daya tahan. Jadi, sekiranya ia murah tapi kena ganti setiap beberapa bulan berbanding sepasang kasut yang berkualiti serta tahan lama, yang mana satu pilihan anda?
Menjadi satu keutamaan ibu bapa untuk memilih sepasang kasut yang selesa untuk dipakai oleh anak- anak ke sekolah. Selain dari jenama, material serta kelebihan kasut tersebut juga menjadi faktor dalam pemilihan kasut sekolah. Ini kerana, salah memilih kasut akan menyebabkan pelbagai masalah seperti kaki berbau, melecet, tidak selesa dan menyebabkan kurang keyakinan diri. 

Pelajar yang aktif memerlukan sepasang kasut yang berkualiti serta selesa. Kasut sekolah gmax bukan sahaja selesa dan berkualiti tapi kasut sekolah gmax juga mempunyai beberapa ciri istimewa yang pastinya akan memberi keyakinan dan mengalakkan pelajar lebih aktif. Menggunakan material yang mempunyai pengaliran udara baik mampu membuatkan kaki pelajar bernafas seterusnya mengelakkan kaki berbau.
                         
                                             
Tapak kasut yang tidak licin juga merupakan salah satu ciri khas yang terdapat di kasut sekolah gmax pasti akan menambah keyakinan melangkah tanpa merasa risau akan tergelincir di kala lantai licin atau memerlukan berjalan di atas rumput padang yang basah. 
                
                                                          
                                                   
Kasut U menawarkan pelbagai jenis kasut sekolah yang bukan sahaja selesa tetapi berkualiti, tapak tidak licin serta menggunakan material yang mempunyai pengudaraan yang baik . Kunjungi cawangan Kasut U berdekatan anda sekarang atau layari www.kasutyou.my untuk lebih banyak pilihan kasut dan barangan sekolah jenama gmax. 


Melangkah dengan lebih yakin dengan kasut sekolah gmax. 
Kasut You, kedai kasut sekeluarga !

 

Leave a Comment