CSR BANTUAN BANJIR RANTAU PANJANG 2019

Posted by MarketingKU 16/12/2019 0 Comment(s)

RANTAU PANJANG - Kira-kira 100 buah keluarga yang menjadi mangsa banjir di beberapa buah kampung di sekitar Rantau Panjang dan Meranti, Pasir Mas menerima bantuan daripada kasut U Sdn Bhd. Pegawai Pemasaran Kasut U Sdn Bhd, Farah Shuhadah berkata, bantuan yang diberikan ini merupakan tanda simpati pihak Kasut U kepada penduduk yang terjejas banjir. "Sejujurnya kami amat terkesan dengan ujian yang terpaksa dilalui oleh mangsa-mangsa banjir ini. "Jadi kami turun padang menyerahkan sendiri bantuan ini dengan tujuan untuk memberikan kegembiraan kepada mangsa banjir," katanya. 

 

Menurutnya lagi, program turun padang membantu mangsa banjir merupakan khidmat sosial kedua selepas Setiu, Terengganu. Selain agihan pek makanan, Kasut U turut memberikan bantuan Beg Sekolah kepada rumah anak yatim Raydaq, Pasir Mas pada hari tersebut. Pada program itu juga pihaknya turut menyerahkan sumabnagan kepada anggota pasukan keselamatan yang berkawal menjaga sempadan negara. 

Sumbangan yang diberikan itu merupakan penzahiran terima kasih Kasut U di atas pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang tetap menjalankan tugas di musim banjir ini. 

Kasut U, Kedai kasut sekeluarga

 

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Credit to: SINAR HARIAN

Leave a Comment