Jom Beli Kasut Raya Online!

Posted by Nor Aisyah 12/04/2020 0 Comment(s)

 

Tahun 2020 ini kita diuji dengan pelbagai dugaan. Wabak Covid 19 yang melanda secara pandemic pasti membuatkan anda merasa gusar untuk keluar rumah, apatah lagi untuk membeli belah.

Raya nak dekat tapi tak dapat keluar untuk membeli belah, risau nak kjeluar kan? Kasut raya macam mana pula? Susah nak beli online, nanti salah saiz, pakai ketat ataupun terlalu longgar

Jom, admin tolong selesaikan masalah ini. Terdapat pelbagai cara untuk mengetahu saiz kaki anda! Bukan sahaja mudah, tapi menjamin anda selesa membeli belah juga.

 

Sekiranya anda mencari kasut kanak-kanak, anda hanya memerlukan sehelai kertas, pensil dan juga pembaris/pita pengukur.

1)  Letak sebelah kaki diatas kertas A4,

2)  Lakar bentuk kaki menggunakan pensil,

3) Ukur Panjang serta lebar kaki menggunakan pita pengukur/pembaris tadi.

4) Semak ukuran di ruangan spesifikasi produk

 

Admin cadangkan anda untuk memberi ukuran secara cm untuk lebih tepat!

Bagi mengenal pasti saiz kaki dewasa pula, anda memerlukan dinding dan pembaris/ pita pengukur

 

1) Berdiri tegak membelakangkan dinding. Sila pastikan tumit anda menyentuh dinding

2) Tandakan bahagian hujung jari(jari yang paling panjang) serta kedua- dua sisi kaki.

3) Alihkan kaki dan mula mengukur panjang dan lebar menggukan pembaris/pita pengukur.

4) Tulis didalam nota untuk sentiasa ingat serta memudahkan anda memilih!

 

 

     sekarang, jom klik link ini untuk shopping

https://www.kasutyou.my/women

https://www.kasutyou.my/

 

Kasut U tengah ada diskaun 20% sepanjang PKP ni tau,

Ada bonanza raya pula!!! Jom!

# stayhomestaysafe

#ShopOnlineWithU

 

Leave a Comment