CSR KAKI PALSU 2020

Posted by MarketingKU 27/07/2020 0 Comment(s)

Marang, Terengganu - Sebagai bentuk kepedulian dan membantu masyarakat kurang berkemampuan dalam menjalani kehidupan seharian, Unit CSR Kasut U Sdn Bhd memberikan bantuan berupa kaki palsu kepada insan yang memerlukan.
   
Bantuan yang telah disalurkan tersebut berupa satu model kaki palsu, kasut sukan daripada jenama Gmax dan 2 helai baju sukan juga daripada jenama Gmax.

Penyaluran bantuan kepada En. Wan ini bertujuan untuk mengurangi beban yang kini di hadapinya sekali gus membolehkan nya berjalan seperti insan yang lain.

"kami lakukan ini untuk meringankan beban En. Wan dimana kita tahu harga untuk sebuah kaki palsu sangat mahal dan kita inginkan dia menjalani hidup seperti biasa dan dapat berjalan dengan normal" ujar Syahir, Pegawai Pemasaran Kasut U Sdn Bhd.

Pada tahun 2020 ini, Unit CSR Kasut U Sdn Bhd sudah banyak memberikan bantuan kepada masyarakat dan turut membantu menyalurkan dana CSR kepada yang memerlukan.

 

Leave a Comment