Sakit Lutut?

Posted by MarketingKU 16/08/2020 0 Comment(s)

RAMAI di antara kita jarang melakukan senaman secara konsisten akibat kesibukan urusan harian sehingga kesihatan diri terabai.

Tetapi itu bukan lagi alasan kerana terdapat banyak cara untuk membakar kalori dan salah satu caranya adalah dengan menaiki tangga.

Namun, cara menaiki tangga juga perlu dititik beratkan supaya tidak berlaku sebarang kecederaan. Kederaan lutut ini kebiasaanya akan dirasai pada jangka masa yang panjang.

Sakit lutut ini bukan sahaja boleh terkena kepada orang tua, namun orang muda pun berisiko untuk mendapatkan kecederaan ini.

 

Berikut adalah cara-cara menaiki tangga dengan teknik yang betul :

  1. Kedudukan kaki – lutut tidak boleh terlalu membengkok kerana ia menampung berat yang lebih sekiranya kira berbuat demikian. Lutut sepatutnya selari dan tegak dengan kaki semasa menaiki tangga.
  2. Kedudukan tapak kaki – kebiasaanya kita selalu menaiki tangga dengan tapak kaki tidak memijak penuh permukaan. Ini akan menyebabkan lutut kita tidak stabil dan boleh mendatangkan kecederaan. Pastikan kaki memijak dengan penuh pada permukaan tangga.
  3. Kestabilan – kaki seharusnya lurus semasa menaiki tangga. Ini kerana kestabilan semasa menaiki tangga amat penting dalam penjagaan lutut.
  4. Postur badan – Postor badan atau tulang belakang harus berkeadaan tegak. Sekiranya badan membongkok, ini akan membuat lutut kita menampung berat yang lebih dan berisko dalam mendapat kecederaan lutut.

Untuk melihat video klik link https://www.youtube.com/watch?v=f6BTDkMl-fs&t=4s

Leave a Comment