BANTUAN BANJIR KELANTAN & TERENGGANU

Posted by Salawati 06/12/2017 0 Comment(s)

CSR PANTAI TIMUR 

 

 

KUALA TERENGGANU: Kasut U Sdn Bhd telah memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas di Kelantan & Terengganu pada 2,4 & 5 disember 2017 di beberapa kampung yang terjejas teruk akibat daripada banjir yang berlaku. Bantuan tersebut dihulurkan sebagai salah satu cara untuk meringankan sedikit beban keluarga yang terlibat dengan banjir yang melanda kawasan mereka. Kebanyakan mangsa banjir adalah pekerja kampung dan hanya mengharapkan hasil kampung untuk membeli keperluan harian.  Kasut U telah mengagihkan barangan kepada 50 keluarga yang terjejas di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu dan 150 keluarga yang terjejas di Rantau Panjang & Tumpat, Kelantan. Semua barangan yang diberikan adalah barangan keperluan mangsa seperti beras, telur dan sebagainya. Bantuan sebegini telah masuk tahun ketiga penglibatan Kasut U dalam membantu mangsa-mangsa yang terjejas teruk akibat banjir. Kebanyakan magsa adalah terdiri daripada keluarga yang tinggal di kawasan pendalaman dan berkawasan rendah yang mengakibatkan paras air naik terlalu mendadak sekiranya hujan berterusan berlaku di kawasan mereka. Kasut U berharap dengan adanya bantuan sedemikian dapat mengurangkan sedikit kesedihan dan kesusahan dalam kalangan mangsa banjir. Kasut U juga membuka peluang kepada badan-badan NGO atau mana-mana pihak yang ingin bersama Kasut U untuk memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. 

Leave a Comment