BELI RM80 & MENANG PERODUA AXIA

Posted by Salawati 12/11/2017 0 Comment(s)

 

BELI RM80 & MENANG PERODUA AXIA

 

 

 

Kuala Terengganu: Dengan hanya berbelanja RM80 untuk pembelian kasut sempena Peraduan Bonanza U 2017, seorang remaja bertuah Wan Nuraina Nadia, 21 tahun telah berjaya memenangi sebuah kereta Perodua Axia bernilai lebih RM30,000. Kasut U telah membelanjakan lebih dari RM50,000 bagi menyediakan hadiah-hadiah Peraduan Cabutan Bonanza U 2017 kepada pelanggan bertuah tahun ini. 

   Pertandingan peraduan Bonanza U 2017 telah berakhir pada 31 Ogos 2017 dan cabutan telah diadakan pada 12 September 2017 di Kasut U Jalan Banggol, Terengganu dan para pemenang telah dimaklumkan melalui panggilan telefon berdasarkan alamat borang yang di hantar. Kasut U telah membuat 57 cabutan bertuah daripada borang-borang yang dihantar oleh pelanggan melalui pembelian RM80 ke atas dalam satu resit tunggal. 

  Semua hadiah boleh dituntut dalam tempoh sebulan daripada tarikh pemenang diumumkan. Peraduan ini telah berlangsung secara serentak di semua cawangan Kasut U di seluruh negara.

 

 

 

 

 

 

Tags: Event

Leave a Comment