JUALAN GUDANG #UDC

Posted by Salawati 03/04/2018 0 Comment(s)
JUALAN GUDANG #UDC 

 

Jualan gudang #UDC telah berlangsung dengan jayanya pada 28.3.2018 - 1.4.2018 di Kasut U (Store) Gong Badak, Terengganu. Jualan yang berlangsung selama 5 hari itu bermula pada pukul 11 pagi hingga 10 malam setiap hari. Jualan gudang ini turut melibatkan kerjasama daripada Anakku, Lancaster Polo serta vendor pakaian. Jualan ini berjaya menarik pengunjung daripada pelbagai bangsa & peringkat umur di Terengganu. Dengan adanya jualan atau expo sebegini telah berjaya mendekatkan lagi pelanggan-pelanggan dengan Kasut U. Pelabagai aktiviti menarik berlangsung sepanjang jualan berlangsung antaranya lintas lansung daripada CREW Suria FM, kemunculan maskot seperti doremon & pooh serta persembahan istimewa Baby Shark daripada Staff Kasut U sendiri .

 

Terdapat pelbagai jenama yang telah dijual pada jualan tersebut seperti BNC, Gwing, Ginna, & Gmax. Jenama Kasut U telah mendapat liputan yang meluas dengan adanya jualan sebegini. Cabaran & dugaan untuk menjalankan jualan ini berbaloi apabila melihat wajah gembira pengunjung yang berpuas hati apabila dapat membeli di jualan gudang #UDC. Kasut U berharap jualan gudang sebegini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi merapatkan lagi hubungan antara staff & pelanggan Kasut U sendiri. 

 

 

Kasut U ingin mengucapkan sebanyak-banyak perhargaan kepada pegunjung-pengunjung jualan gudang #UDC & meminta maaf sekiranya sepanjang jualan berlangsung, pihak Kasut U secara sengaja atau tidak sengaja membuat pengunjung berasa tidak puas hati. 

TERIMA KASIH!!

 

Leave a Comment